Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya.
Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.
Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, “Hari ini Allah SWT memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw: “Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu.”
Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun.” Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.
Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadist. “Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka.” Sahabat pun bertanya, “Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah, “benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub.
Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura.” Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya memohom keampunan.
Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.
Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.
- Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.
- Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.
- Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.
- Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejamanNamrud.
- Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.
- Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.
- Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s
- Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.
- Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.
- Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda. Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya: “Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya.”
Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini sangat-sangat dituntut. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya, maka hukumnya adalah sunat.
Sumber :








jadi puasa asyura itu dari tgl berapa sampai berapa muharram ya?
soalnya ada pendapat dari tgl 1-10 ; 9,10 ; 9,10,11; atau hanya tgl 10 saja?Lalu jika ada seseorang yang baru memulai puasanya pada tgl 11 bgmn?apakah masih mendapatkan pahala puasa asyura itu ?
Ass….
Sekedar memberi tanggapan…
Yang pernah saya ketahui, puasa Asyura dilakukan pada tgl 10 Muharam (sesuai namanya ‘Asyura), tapi untuk membedakan antara umat Nabi Muhammad dgn Bani Israil, sebaiknya dilakukan 2 hari,… boleh 9 dan 10, atau 10 dan 11…
kalau dilakukan tgl 11… ya… ngikuti siapa… (atau kalau karena halangan… ya mdh2an masih mendapatkan nilai Asyura…. sebab ada udzur)
wallaahu a’lam
Sore Om.. numpang ijin ya.. aku dapat tugas untuk buat tulisan tentang Muharam. Waktu browsing langsung keluar wordpressnya om…
Karena dikumpulkan besok, aku mohon ijin untuk mengambil beberapa data dari sini. Jadi di copy paste, tapi ga semua aku ambil jadi di baca ulang lagi dan dipelajari untuk menghapal. Jadi kan ga buka internet lagi pas menghapalnya.
Maaf ya om belum tunggu jawaban sudah aku copy.
Tulisannya sangat berguna untuk aku. Aku siswa SMP kelas 1.
kang gimana bisa dapat lagu
maktam imam husein
Muharam adalah salah satu nama bulan dalam Qomariyah, tg perhitungannya berdasar perputaran bulan pada Bumi. Pertanyaan saya adalah, bagaimana bisa bumi dicipta pada tgl 10 muharam, sedangkan Bumi dan langit dan Bulan yg dijadikan dasar perhitungan Qomariahnya aja baru dibentuk ?
salam
kenapa peristiwa syahidnya cucu Nabi Muhammad SAW, yang terjadi pada tanggal 10 Muharam tidak masuk pada peristiwa yang bersejarah ya?
puasa??? bener???
coba lihat
http://jakfari.wordpress.com/2009/12/16/bid%e2%80%99ah-puasa-asyura%e2%80%99-usaha-licik-memerangi-ahlulbait-as/
mf numpang coppy….di zaman rosullullah. Muharam adalah salah satu bulan yang di haramkan oleh Allah untuk berperang dan membunuh…
Menurut Dr. KH. Jalaluddin Rakhmat, peristiwa2 yang anda sebutkan itu berasal dari hadis PALSU, hadis yang dibuat oleh ulama yang disewa oleh Rezim Zalim Yazid bin Muawiyyah yang berkuasa pada saat itu. Dialah yang memerintah pasukannya untuk membantai keluarga Rasullah di PadangKarbala 10 Muharram 61 H (Imam Husein dan pengikutnya). Mengapa Hadis Palsu dibuat? Tujuannya, untuk menyamarkan atau menghilangkan Peristiwa Karbala dalam Sejarah. Mengapa itu dianggap hari kemenangan atau hari penyelamatan? Karena Rezim Yazid menganggap bahwa keberhasilannya membantai Imam Hesein dan pasukannya sebagai kemenangan melawan pembrontak. Jadi Imam Husein dianggap pemberontak dan Zalim. Lalu saya ingin bertanya. Seandainya 10 Muhamrram itu hari penyelamatan para nabi, sungguh ironi Cucu dan Keluarga Nabi dibantai di hari Penyelamtan Para Nabi!!! Coba pikirkan sekali lagi. Thanks.
Dari dasar apa anda memalsukannya? apa menurut anda hari asyura itu??? apa esensinya? Apakah aqidah syi’ah??
bersama menambah ilmu dan beramal dengan ilmu yang ada… semoga bersam kita memperolehi manfaat daqripada penulisan-penulisan yang dicoretkan.
assalamualaikum
mohon.info dari bapak
tentang mama buku yang menerangkan tentang peristiwa 10 muharram?
thanks
wassalam
assalammualaikum wr.wb
Kate bpak tebe….!!!!!
peristiwa2 yang anda sebutkan itu berasal dari hadis PALSU, hadis yang dibuat oleh ulama yang disewa oleh Rezim Zalim Yazid bin Muawiyyah yang berkuasa pada saat itu. Dialah yang memerintah pasukannya untuk membantai keluarga Rasullah di PadangKarbala 10 Muharram 61 H (Imam Husein dan pengikutnya). Mengapa Hadis Palsu dibuat? Tujuannya, untuk menyamarkan atau menghilangkan Peristiwa Karbala dalam Sejarah. Mengapa itu dianggap hari kemenangan atau hari penyelamatan? Karena Rezim Yazid menganggap bahwa keberhasilannya membantai Imam Hesein dan pasukannya sebagai kemenangan melawan pembrontak. Jadi Imam Husein dianggap pemberontak dan Zalim. Lalu saya ingin bertanya. Seandainya 10 Muhamrram itu hari penyelamatan para nabi, sungguh ironi Cucu dan Keluarga Nabi dibantai di hari Penyelamtan Para Nabi!!! Coba pikirkan sekali lagi. Thanks.
ass….
wah, sejarah bagusnih infonya, trimakasih atas infonya
sungguh luar biasa keutamaan 10 Muharrom
Maaf, demi kebenaran penyampaian dakwah, mohon disertakan riwayat yang shahihah jika memang ada, agar tidak ‘menjerumuskan umat’. sukron
Mari kita tingkatkan amal iabadah q-ta
assalamu’alaikum.wr.wb…
mari kita saling mengisi kekurangan bukan saling menyalahkan..!!
sebelumnya mksh udh dpt tmbhan wawasan….
Mohon maaf atas kekurangan tahuan saya dan itu saya berikan kepada anda sekalian yang tahu akan peristiwa yang sebenarnya dari kitab-kitab para ulama yang shahih periwayatan untuk beri linknya… atau referensinya. Itu lebih fair ketimbang cuma kasih tulisan yang tidak memberikan solusi tentang masalah ini, afwan…
afwan ya akhi.. jangan salah faham saya hanya berusaha menengahi dari beberapa komentar,,jujur saya sangat terbantu dengan yang anda tulis.
iya nda apa akhi lukman, ana cuma mengutip. mudah-mudah Allah berikan ilmu dikemudian hari ana menemuikan ternyata apa yg terdapat tidak shahih dalil maka ana akan kemukakan.
saya pernah mendengar, dan belajar, kalau pengen tahu kitab atau dasarnya mudah saja…tinggal datang ke pesantren2 yang masih mengajarkan kitab kuning… komplit… itu baru 10kejadian, masih sangat banyak lagi kejadian menakjubkan d bulan muharram dan keutamaan-keutamaannya… bahkan bumi dan langit tercipta d bulanmuharram. truz kaloda yg tanya dulu kan belum ada bulan muharram,, ya itu kan cuma nama… perputaranya/ matahari dan bulan dr dulu sudah ada… cm manusia baru nemu itungannya d masehi dn hjriyah…
bismii ta’ala…
mudah2 ada kepastian tentang semua itu..
allohumma shalli ala muhammad wa ali muhammad
sebaiknya cerita tentang nabi Daud dan isteri-isterinya itu dihilangkan saja dengan pertimbangan : (1) Kurang kuat kesahihan dalilnya (2) Akan mudah disalahgunakan oleh musuh musuh islam. Wassalam Ibrahim Natawijaya
jazakallah khairan khasiran, sudah diingatkan. insya Allah akan diperbaiki
izin copas ya
Bersikap ‘arif dan bijaksana dalam memberikan tanggapan/mengklaim trhdp suatu Hadits itu yg trbaik bukan menghukuminya (Dhoip atau mardud) dengan emosi dan egosentris. Keterbatasan ‘akal (individu)’ yg blum mmpu menjangkau pesan dari hadits tersebut. Rasionalitas terdapat tingkatannya. Itu juga menunjukan tingkatan derajat keimanan. Hapunteeeuun……
Allah hu akbar,,
Allah hu akbar,,
Allah hu akbar,,
Walillah ilham,,
Yg jelaz alhamdulillah ya,,
Pzti seneng membaca history dibulan muharram,,
Ehm,,
Ada gk ya,kelebihan2 org yg lahir dibulan tersebut?!!